Bagi seorang wanita, pengalaman berkahwin, mengandung dan melahirkan sangat mengujakan dan melengkapkan putaran kehidupan mereka.

 

Apakah antara persiapan yang perlu wanita sediakan sebelum mereka mendirikan rumahtangga?

  1. Memastikan mengambil nutrien yang tepat untuk keperluan fizikal tubuh.
  2. Membuat penyelidikan sendiri melalui pembacaan dan rujukan pakar.
  3. Menghadiri kaunseling berkaitan komunikasi perhubungan dan tautan kasih sayang antara suami isteri.
  4. Membanyakkan makanan berunsur kerohanian.
  1. Mengamalkan pemakanan sunnah

 

Nutrien seperti asid folik, kalsium, vitamin, mineral dan fiber sangat-sangat diperlukan untuk memberi tubuh badan persediaan berzat sebelum si ibu berkahwin dan mengandung. Ibu yang sihat akan melahirkan anak yang sihat. Sudah tentu juga ibu yang sihat akan membawa kebahagiaan kepada suami dan keluarga. Bakal ibu perlu membekalan diri mereka dengan bantuan suplemen agar zuriat mereka memperoleh zat sedari dalam perut ibu lagi.

 

Selain dari suplemen untuk nutrisi, para bakal ibu disarankan mengambil sumber makanan yang bertenaga agar fizikal diri tampak segar dan ceria menjelang hari perkahwinan. Makanan yang disyorkan mestilah mengikut panduan pyramid dan seimbang kandungan karbohidrat, mineral, vitamin, serat dan lemak. Makanan seperti daging kambing, susu, sayur-sayuran dan buah-buahan sangat-sangat membantu menguatkan sistem imunisasi wanita dan memang diperlukan sel. Pelaburan dalam pemakanan yang betul akan mengurangkan kos perubatan dan hasilnya ibu jarang jatuh sakit.

 

Bakal ibu sangat perlu mencari bahan bacaan berkaitan kesihatan dan perubahan diri selepas bertukar status menjadi isteri dan ibu. Selain melakukan persediaan untuk hari perkahwinan, tumpuan mencari ilmu kenalah seiring kerana mereka bakal menjadi tunjang untuk keperluan pemakanan sekelaurga kelak. Di zaman maklumat di hujung jari, banyak carian ilmu yang bermanfaat yang boleh digunapakai dan sangat membantu mereka.

 

Jika perlu, bakal pengantin juga boleh menyediakan diri untuk menghadiri sesi kaunseling supaya dapat

mencipta pelan perkahwinan dan perhubungan yang diimpikan. Bagi pengalaman pertama, membaca dan membuat rujukan barangkali tidak mencukupi. Carilah pakar perkahwinan dan perhubungan supaya tiada blok menghalang komunikasi antara pasangan dan amat mudah untuk menghasilkan perkahwinan yang bahagia jika matlamat perhubungan dan perkahwina amat jelas dan selari antara pasangan.

 

 

Makanan kerohanian tidak dilupakan. Antaranya ialah memperbaiki kualiti ibadat, membanyakkan doa dan zikir, bersabar dan mengawal emosi serta menambah ilmu keagamaan. Sesuai dengan peredaran masa, faktor keruntuhan rumahtangga sangat berleluasa dan jika dibiarkan, institusi perkahwinan itu runtuh jua. Benteng pertahanan pasangan hanyalah iman dan ilmu. Jangan abaikan keperluan menimba ilmu kerohanian kerana menjadi pemimpin keluarga atau bergelar ibu amat mencabar jika ilmu dan iman kosong di hati. Mencari ilmu tiada hentinya selagi bernafas.

 

Persediaan fizikal berupa pemakanan sunnah sangat digalakkan. Amalkan makanan semulajadi seperti madu, habatussauda, kurma, kismis, air zamzam, bijirin dan kekacang yang terbukti dapat membekalkan zat tertentu ke dalam tubuh dan minda sesorang ibu.  Amalan pemakanan sunnah berkesan membentuk jiwa dan minda yang kuat dan sentiasa berpaksikan Yang Maha Esa.

 

Kesemua persediaan yang dikupaskan sangat membantu bakal si ibu. Berilah prasarana yang terbaik bagi melahirkan zuriat yang sihat dan mampu berbakti kepada kita kelak. Tumbesaran janin amat memerlukan pemakanan dan dokongan kerohanian yang sihat dari ibu mereka. Tanggungjawab sebagai ibu dan isteri adalah amanah dari Illahi dan sangat istimewa sekali.

 

Dari perawan ke permaisuri

Istimewa di hati sang suami

Persediaan berpaksi minda dan rohani

Keperluan fizikal cerminan peribadi

Indah hidup bersama diimpi

Selamat melangkah sebagai isteri!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *