Sedari awal bakal ibu sudah boleh menetapkan kaedah pembelajaran terbaik untuk bayi yang dikandungnya. Jika di barat, musik klasik dan terapi minda menjadi pilihan. Tetapi sebagai wanita muslimah, terapi terbaik untuk merangsang si bayi adalah bersumberkan mukjizat agung Al-Quran.

 

Memperdengarkan bacaan al quran kepada bayi amatlah digalakkan dan si bayi ini didedahkan dengan zat Illahi sedari awal. Selain dari itu, ibu mengandung juga bole mengajikan untuk bayinya pada skala masa tetap seperti selepas subuh atau pada waktu malam.

 

Mendengar alunan bacaan al quran mampu memberi ketenangan minda dan merangsang tumbesaran sel bayi dengan sempurna. Jika sedang memandu sekalipun, biasakan diri dan bayi dekat dengan alunan sebegini.

 

Selain dari bacaan al quran, si bayi juga mendambakan doa dari ibu dan bapanya. Para ibu yang sedang mengandung disarankan sentiasa berdoa kepada bayi yang bakal lahir. Biasakan menyebut ucapan-ucapan positif kepada bayi agar minda bayi terangsang untuk mendekati unsur-unsur positif.

 

Bapa juga sangat berperanan dalam mendoakan bayi ketika masih di dalam kandungan ibu. Bayi yang didoakan sangat responsif kepada ucapan bapa dan mereka mengerti apa yang diucapkan kepada mereka.

 

Seterusnya, ibu dan bapa digalakkan mengusap bayi di dalam kandungan dengan penuh kasih saying sekali. Maha suci Allah telah memberikan anugerah terindah kepada pasangan suami isteri dan jagalah zuriat itu dengan perasaan saling melindungi dan mengasihi.

 

Antara surah yang disyorkan ialah surah yusuf, surah Mariam, surah luqman dan lain-lain ayat lazim. Zikir yang sangat disyorkan berbunyi “la ilaa ha illa anta subhanaka inni kuntuminazzalimin” yang bermaksud ‘tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”.

 

Pengharapan yang tinggi kepada Allah harus dimanifestasikan juga ke dalam bentuk solat dan sedekah. Ibu mengandung yang inginkan anak yang bijak harus berwaspada terhadap tingkah lakunya dan perbanyakkan amalan baik bagi memberi impak akhlak yang baik terhadap bayi yang dikandungnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *