Salam perkenalan dari MyMakBidan!

 

Kami amat berbangga dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu berkaitan ibu dan kesihatan dengan para pembaca sekalian!

 

Antara topik yang bakal diketengahkan:

  1. Kisah ibu: pengalaman ibu mengandung, amalan pemakanan semasa mengandung & pengalaman membesarkan anak;
  2. Diet sihat ibu dan anak;
  3. Amalan gaya hidup sihat;
  4. Definisi kecantikan sebenar.

 

Kisah ibu memaparkan pengalaman sebagai ibu mengandung, persediaan sebelum ibu berkahwin dan mengandung, dan pengalaman membesarkan anak. Sebahagian melalui pengalaman tersendiri, dan sebahagian lagi melalui pencarian ilmu. Lain padang lain belalang. Lain orang lain pengalamannya. Semoga panduan ringkas bermanfaat dan boleh menjadi rujukan yang ringkas.

 

Amalan pemakanan dititikberatkan kerana ianya pemakanan asas bagi membentuk sahsiah dan peribadi diri. Nilai-nilai nutrisi dalam pemakanan amat penting bagi memastikan anak-anak membesar dengan sihat dan ibu juga menikmati tahap kesihatan yang optimum untuk menjaga keluarga yang disayangi.

 

Amalan gaya hidup sihat pula berkisarkan tatacara yang sihat dan gembira yang memang amat diperlukan di dalam sesebuah perkahwinan dan ketika tumbesaran si anak. Bagi si ibu pula, amalan gaya hidup sihat mesti diterapkan sedari awal perkahwinan bagi mengelakkan stres berlebihan yang akan merosakkan nilai kekeluargaan itu sendiri.

 

Topik kecantikan sangat menyentuh nurani seorang wanita kerana setiap wanita inginkan kecantikan dan setiap wanita memang semulajadi cantik. Objektif kecantikan bagi wanita itu pula perlulah diimbangi sesuai tuntutan syariat. Seiring dengan kehendak asal ingin kekal cantik, wanita juga perlu diingati agar kecantikan menepati definisi seperti yang dibenarkan serta serba sederhana.

 

Justeru kami berharap sedikit-sebanyak perkongsian ini bakal memberi manfaat kepada para pembaca. Jumpa anda di siri artikel seterusnya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *