mengidam

Sejak awal mengandung sehingga ke trimester terakhir, si ibu akan melalui keinginan-keinginan aneh yang lebih dikenali sebagai mengidam seperti teringin merasa sesuatu makanan, melawat ke sesuatu tempat  dan sebagainya.

Mengidam makanan adalah situasi normal kepada ibu mengandung yang boleh diisyaratkan sebagai kekurangan pengambilan nutrisi dalam tubuh badan ibu ketika itu.

Antara tanda-tanda kekurangan nutrisi adalah seperti berikut;

  1. Mengidam jeruk tanda kurang natrium dalam badan
  2. Mengidam daging tanda kurang protein dalam tubuh
  3. Mengidam coklat tanda kurang lemak dalam badan

Walaubagaimanapun, tiada kekurangan yang tepat boleh diperjelaskan melainkan hanya mematuhi polar makanan yang disyorkan ibu mengandung agar dapat memberi kesemua nutrisi yang diperlukan janin ketika hamil.

Mengidam juga boleh jadi akibat perubahan hormon ibu ketika mengandung. Gejala alahan atau ‘morning sickness’ adalah tanda perubahan hormon ibu. Ibu boleh jadi juga kuat merajuk atau berdiam diri dan pasangan perlu faham keadaan sebegini hanyalah sementara.

Apa yang suami perlu lakukan? Selagi mana kemahuan itu tidak memudaratkan atau mendatangkan bahaya, jika mampu dan wajar, boleh sahaja ditunaikan suami. Tentulah momen mengandung ini momen yang manis kerana biasanya si ibu sentiasa dapat hajat yang dikehendaki dari suami. Ini kerana pantang-larang orang tua juga mengesyorkan suami cuba penuhi keinginan ibu agar anak tida kempunan di kemudian hari.

Suami juga perlu kenalpasti makanan yang diidamkan tidak mengandungi kandungan memudaratkan seperti gula atau lemak berlebihan. Walaupun ibu bebas makan apa sahaja sewaktu hamil, mereka perlu mengawal kandungan kalori agar tidak terpalit serangan diabetis mellitus atau darah tinggi yang akan memberi kesan kepada tahap kesihatan anak yang bakal lahir. Sebagai contoh, permintaan ais krim stroberi mungkin boleh dikawal dengan memberi susu kambing kocak berperisa stroberi yang lebih sihat, atau jus campuran dadih dan buah stroberi asli sebagai alternative untuk mencukupkan keperluan lemak dan citarasa kepada ibu.

Justeru mengidam bukanlah lesen besar untuk ibu meminta apa sahaja kepada suami. Pastikan diet yang lebih sihat diamalkan dan banyak mengambil makanan berbentuk semulajadi seperti buah, produk tenusu, sayur-sayuran dan bijirin. Elakkan makanan berproses supaya kandungan garam dan gula boleh dikawal.

Amalan pemakanan yang sihat akan memberikan nutrisi terbaik buat janin dan seterusnya meminimumkan penyakit yang lazim menyerang bayi seperti penyakit kuning, sawan dan demam panas. Ianya juga menjadi prasarana terbaik untuk menghasilkan susu ibu yang cukup berkhasiat dan amat-amat diperlukan bayi untuk tumbesarannya kelak.

#mymakbidan

One thought on “TIPS MENGIDAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *