Kecantikan sebenar seorang Mukmin adalah ketaatan pada Allah. Jika seseorang mentaati Allah dengan mengerjakan perintahnya dan menjauhi larangannya, maka seseorang itu akan terlihat cantik di mata manusia,” begitulah antara pandangan yang dilemparkan oleh Oki Setiana Dewi ketika ditanya mengenai keindahan dan kecantikan seorang Muslim.

 

Kita tahu bahawa sebagai seorang wanita muslimah, kecantikan yang sebenar adalah melalui dalaman diri kita. Maknanya keperibadian kita. Apa yang kita tunjukkan dengan sifat-sifat yang ada dalam diri kita. Maksud salah menggunakan kecantikan seperti seseorang itu mengagung-agungkan kecantikan yang dia miliki. Dia menggunakan perhiasan yang berlebih-lebihan dan kemudian pamerkan kepada orang ramai dan berasa bangga kerana diri telah menjadi satu tarikan. Allah S.W.T ada berfirman :


” dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu”.

 

(Al-Ahzab : 33 )

 

Pilihan kecantikan bagi seorang wanita muslim:

  • pilihlah untuk cantik di hadapan suami dan keluarga sahaja
  • jangan berhias secara berlebihan jika keluar rumah
  • sentiasa besederhana dari segi perwatakan dan pertuturan
  • jaga aurat seperti yang disyariatkan dan
  • berusaha untuk menjauhi perkara-perkara lagha (berunsur kemaksiatan)

 

Cabaran berfesyen dan dunia kecantikan sangat hebat dan memaksa wanita berusaha untuk kekal cantik dan menawan. Walaupun begitu, kecantikan yang dikejar perlulah seiring dengan kehendak syariat. Jika suami tidak menegur itu bukan alas an bagi isteri bebas mengenakan kod pakaian mengikut selera tersendiri.

 

Panduan terbaik adalah seperti berikut:

Tudung labuh menutupi dada

Baju lnggar, labuh dan tidak jarang

Mengenakan stoking di kaki dan tangan

Tidak mengikat sanggul tinggi di kepala

Tidak memakai wangian berlebihan

Tidak memakai warna pakaian yang berlebihan

 

Kod pakaian yang digariskan di atas amat sesuai bagi menutup fitrah seseorang wanita. Apabila kita memelihara aset kita di mata manusia, percayalah Allah akan memelihara kita sepanjang masa di dunia dan di akhirat.

 

Carilah redha Allah dalam hal-hal berkaitan pakaian dan berusahalah untuk kelihatan cantik di mataNya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.