Telah disentuh sebelum ini sedikit sebanyak persediaan fizikal dan rohani yang perlu dilakukan oleh bakal ibu. Bagi meneruskan topik perbincangan, artikel ini akan menyentuh amalan pemakanan sebelum dan semasa mengandung.

 

Bakal ibu perlu menyedari hakikat bahawasanya mereka amat bertanggungjawab menyediakan pemakanan yang sihat untuk janin seawal yang mungkin.

 

Pada permulaan perkahwinan, bakal ibu perlu menitikberatkan pemakanan berunsur nutrisi dan sunnah. Lebihkan serat, mineral dan vitamin dalam diet untuk proses kehamilan yang bakal berlaku bila-bila masa sahaja. Elakkan mengambil makanan berkalori kosong seperti makanan manis, masam dan makanan berproses. Jika pengambilan berlebihan berlaku, para bakal ibu akan mendapat berbagai komplikasi pada kehamilan mereka dan amat menjejaskan rutin kehidupan seharian mereka.

 

Di awal kehamilan pula, jika bakal ibu mengalami alahan, pengalaman tersebut mengujakan dan amat mencabar lebih-lebih lagi kali pertama melaluinya. Alahan akan menyebabkan si ibu tidak dapat mengambil makanan yang disarankan dan jika keadaan berlarutan, si ibu akan berterusan lemah dan tidak bertenaga. Kebanyakan bakal ibu dapat mengatasi masalah alahan pada trimester pertama, dan cepat-cepatlah lengkapkan polar makanan seperti yang dicadangkan. Jika masalah alahan berlarutan sehingga ke trimester kedua dan ketiga, bakal ibu perlu menjalani pemantauan rapi dari pakar perbidanan agar tidak menjejaskan kandungan mereka.

 

Seterusnya bakal ibu ada juga akan melalui pengalaman mendapat penyakit-penyakit tertentu ketika kehamilan seperti diabetik dan darah tinggi.makan untuk dua orang bukanlah lesen untuk makan apa sahaja! Ingatlah bahawa janin memerlukan zat berkhasiat dan cuba minimakan pengambilan makanan berkalori kosong tetapi mudarat seperti makanan manis dan masam.

 

Perkara yang lazim mendatangi bakal ibu adalah mengidam. Kedengaranya pelik tetapi ianya benar. Lain orang lain bentuk mengidamnya. Justeru bakal ibu sangat perlu mencari bahan bacaan berkualiti yang dapat menyediakan imformasi seawal sebelum berkahwin agar minda mereka dapat menyerap sebanyak mungkin ilmu berguna berkaitan kehamilan. Kekuatan minda bakal ibu jadi taruhan dan sokongan pasangan sangatlah didambakan ketika dan saat ini.

 

Bakal ibu juga perlu lebih banyak bertanyakan pakar dan orang berpengalaman agar kesihatan diri dan janin tidak diabaikan. Mengandung, alahan dan mengidam adalah fasa biasa sebelum bergelar ibu. Minta bantuan suami untuk mendioakan bakal ibu dan anak. Abadikan momen-momen kehamilan sebagai kenangan manis dan nikmati saat-saat ini dengan tenang dan gembira. Tahniah!

Leave a Reply

Your email address will not be published.